'Najib setuju reformasi parlimen selepas kena ugut'

2015-08-04 5

Pakatan Rakyat menyambut baik tuntutan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu menyaksikan 'reformasi parlimen' bagi memastikan institusi itu berkecuali dan bebas daripada cabang eksekutif.

Bagaimanapun, menurut Ketua Whip PAS Datuk Mahfuz Omar, mereka kesal kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya bersetuju berbuat demikian selepas Pandikar Amin mengugut untuk meletakkan jawatan.