Ahli Parlimen BN hari ini mengangkat dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebagi tanda sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang membentangkannya di Dewan Rakyat.
Pada pembentangannya , Najib meminta rakan-rakan yang setia, supaya bersabar dan memperkukuhkan kepercayaan terhadap kepimpinannya, sekalipun beliau kini menerima pelbagai dugaan dan rintangan daripada pengkritiknya.