Ketidakhadiran orang penting: PAC tangguh prosiding 1MDB

2015-08-04 7

Prodising firma pelaburan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dijadualkan esok terpaksa ditangguhkan susulan kedua-dua orang pentingnya mempunyai urusan di luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed memaklumkan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy serta bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Shahrol Halmi meminta lanjutan masa.