Pembantu peribadi Datin Seri Rosmah Mansor membidas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim sebagai ahli politik 'kangaroo’ kerana mencemuh isteri perdana menteri.
Dalam kenyataannya, Rizal Mansor berkata bekas ahli politik Umno itu seorang cauvinis yang mencari publisiti murahan tanpa mengambil-kira sumbangan Rosmah ketika saat rakyat Malaysia amat terdesak.