NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam penindasan kerajaan Myanmar terhadap etnik Rohingya dengan mengadakan protes di kedutaan negara itu di Kuala Lumpur, hari ini.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali turut menggesa Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan Myanmar dan mencadangkan ASEAN melaksanakan sekatan ekonomi terhadap negara berkenaan.