PAS hari ini mendesak rakan sekutunya DAP supaya menghentikan serangan bertubi-tubi terhadap parti Islam itu demi kelangsungan Pakatan Rakyat.
Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata serangan DAP itu mencetus rasa "meluat" di kalangan akar umbi PAS yang melihat tindakan itu sebagai menolak Pakatan ke ambang pepecahan.