Pakar: Sasaran defisit RMK11 tak akan tercapai

2015-08-04 5

Dekan Fakulti Perkaunan Universiti Malaya, Dr Nazri Ismail memberi amaran bahawa negara tidak mungkin mencapai sasaran defisit bajet 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti yang tertara di dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) sekiranya kerajaan membelanjakan dana ke atas projek yang tidak dirancang seperti 1MDB.

Katanya, ‘perbelanjaan tidak dirancang’ itu dalam keadaan ekonomi sekarang akan bertambah buruk apabila ekonomi dunia dan rantau ini juga dalam keadaan yang lembab.