Kubur besar: PM ikrar jejaki mereka bertangungjawab

2015-08-04 6

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memandang berat terhadap penemuan kubur besar di kawasan Malaysia berhampiran sempadan Thai yang dikaitkan dengan aktiviti pemerdagangan manusia.

Menerusi catatan dalam laman Twitter, katanya, pihak berkuasa akan menjejaki mereka yang bertanggungjawab.

Berikutan itu, pihak polis juga mengawal kawasan di mana 139 kubur dijumpai dan 28 kawasan tinggalan yang dipercayai bekas kem pemerdagangan manusia.