'Bukan kerana babi, anjing, tapi faktor toyyiban'

2015-08-04 5

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan sijil halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing ditarik balik kerana terdapat faktor yang membabitkan 'toyyiban' di tempat pemprosesen pusatnya di Taman Mayang, Petaling Jaya.

Menjawab soalan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), jelasnya, penarikan itu tiada kaitan dengan dua perkara larangan besar iaitu ‘babi dan anjing’.