K’jaan akui ada perniagaan gulung tikar kerana GST

2015-08-04 1

Kementerian Kewangan hari ini mengakui terdapat perniagaan yang terpaksa gulung tikar kerana pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) walaupun ia bukan alasan utama.

Menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang mahu tahu jumlah premis perniagaan yang telah ditutup susulan pelaksanaan GST, kementerian itu menjelaskan bahawa premis perniagaan ditutup disebabkan banyak faktor.