Kesukaran untuk membariskan lebih dari satu calon untuk menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden Umno dan perdana menteri berpunca daripada kegagalan parti itu melahirkan pemimpin, kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.
Menurutnya, keadaan ini berbeza ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam parti itu, Umno melahirkan ramai pemimpin muda berkaliber.