KPDNKK gempur peniaga kenakan cukai berganda

2015-08-04 4

Berkuatkuasa esok, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan melaksanakan operasi besar-besaran di seluruh negara bagi mengesan peniaga yang mengenakan cukai berganda ke atas barangan jualan mereka.

Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata cukai berganda itu bermaksud peniaga mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) (cukai yang sudah dimansuhkan) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas barang jualan mereka.