Pasukan keselamatan negara dilaporkan gagal membuat rondaan di kawasan yang dijadikan kem haram oleh sindiket pemerdangangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand kerana faktor “bahaya”.
Menurut Utusan Malaysia Online yang memetik sumber, keadaan itu menyebabkan 'kem maut' dan 139 kubur besar yang dijumpai di Bukit Wang Burma gagal dikesan walau dipercayai wujud sejak 2013.