Tiada pimpinan tinggi mahu PAS keluar Pakatan

2015-08-04 1

Tidak ada seorang pemimpin tertinggi dalam PAS berpendirian untuk membawa parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat, kata setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Bahkan, katanya, beliau juga difahamkan bahawa ucapan dasar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memuatkan cadangan berkenaan.