'Chai' Dewan Ulama: Hadi tak jawab, salahkan sekularisme

2015-08-04 17

Ditanya wartawan mengenai budaya 'chai' atau senarai pilihan termasuk yang diamalkan secara terbuka oleh Dewan Ulama menerusi laman Facebook, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjawab soalan berkenaan secara langsung.

Sebaliknya, beliau berkata, pengaruh sekularisme mula meresap ke dalam saf gerakan Islam.