Isu Esscom: MP, menteri tikam lidah di lobi parlimen

2015-08-04 16

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bertikam lidah semasa menerima satu memorandum berhubung dakwaan salah-laku oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) daripada Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy Wong.

Antara tuduhan yang bakal disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Shahidan adalah bahawa Esscom menangkap pendatang yang mempunyai permit tetapi melepaskan mereka tanpa dokumen sah.