PAC akan lebih ‘agresif’ jika 1MDB menipu

2015-08-04 0

Siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ke atas 1MDB akan menjadi lebih agresif sekiranya institusi parlimen itu mendapati presidennya Arul Kanda Kandasamy dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi cuba menipu.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya cenderung kedua-dua mereka datang menghadiri siasatan dengan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.