Kapal bawa 450 orang karam di Sungai Yangtze, China

2015-08-04 4

Sebuah kapal membawa 450 orang, kebanyakan pelancong warga emas, karam di Sungai Yangtze semasa ribut malam semalam.

Setakat ini, menurut media China, hanya 12 mangsa berjaya diselamatkan manakala agensi berita rasmi Xinhua melaporkan Presiden China, Xi Jinping, mengarahkan segala tindakan diambil bagi menyelamatkan mangsa.