Strategi Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang tidak mengurangkan bekalan bagi memastikan permintaan pasaran mencukupi walaupun pada harga rendah dikatakan berkesan.
Perkara itu didedahkan oleh menteri minyak Arab Saudi Ali al-Naimi yang tiba di Austria bagi mesyuarat kartel yang bakal menentukan jumlah pengeluaran minyak.