Presiden FIFA, Sepp Blatter melakukan kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatan, empat hari selepas dipilih semula untuk menerajui badan induk bola sepak dunia itu buat penggal kelima.
Blatter, 79 tahun mengumumkan keputusannya itu pada sidang akhbar, enam hari selepas FBI menyerbu dan menggeledah hotel di Zurich dan menahan beberapa pegawai FIFA kerana skandal rasuah.