Tanda-tanda semakin jelas bahawa golongan progresif yang disebut sebagai profesional dalam PAS bakal tumbang pada muktamar ke-61 yang dirasmikan hari ini di Kuala Selangor.
Petang tadi, ketika Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohamed Hanipa Maidin yang juga seorang peguam diboo oleh pemerhati parti apabila beliau mempertahankan dirinya berhubung isu hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan.