Dewan Ulama lulus usul putus hubungan dengan DAP

2015-08-04 1

Muktamar Dewan Ulama PAS sebulat suara mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS supaya membatalkan kerjasama dengan DAP.

Dalam satu kenyataan yang dimuat-naikkan di laman Facebook, Dewan Ulama berkata badan itu bagaimanapun akan kekal bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Rakyat.