Ribuan dipindahkan, banjir landa Pakistan

2015-08-04 5

Tidak kurang 300 keluarga terpaksa dipindahkan apabila Sungai Kabul di wilayah Nowshera di barat laut Khyber-Pakhtunkhwa, Pakistan melimpah tebingnya.

Setakat ini, wilayah berkenaan paling teruk terjejas dengan angka kematian hampir separuh daripada 116 yang dicatatkan di seluruh negara.