Dialog PM bersama NGO bertajuk ‘Nothing To Hide’ hari ini yang gagal dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad dihalang daripada berucap.
Bekas perdana menteri itu didatangi seorang anggota polis yang meminta beliau menghentikan ucapan sambil hadirin bersorak "nothing to hide" atau tiada apa untuk disembunyikan.