Penganjur SukaGuam dakwa tak undang Dr Mahathir

2015-08-04 11

Penganjur majlis dialog bersama Datuk Seri Najib Razak - Sukaguam - menjelaskan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.

Pengerusi Sukaguam Datuk Khairil Anuar Rahmat berkata, bekas perdana menteri itu memberitahunya bahawa beliau datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.