Beberapa pemimpin PAS berkata penubuhan parti serpihan seperti Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) tidak akan mempunyai sebarang kesan kepada parti induk itu.
Bagi Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tindakan PasMa untuk bergiat dalam politik sesuatu yang dijangkakan sementara bagi Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali, beliau mengalu-alukan parti itu.