Anak Taib Mahmud: Ya, kekayaan saya RM1.185 bilion

2015-08-04 330

Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mengakui di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa kekayaannya bernilai RM1.185 bilion, berdasar laporan oleh juraudit yang diupah bekas isterinya, Shahnaz A Majid.

Anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud itu mengakui 20 syarikat miliknya atau yang dia menjadi pengarahnya menyumbangkan aset dengan nilainya itu, seperti laporan Ferrer Hodgson MH Sdn Bhd.

Pada keterangan di mahkamah hari ini, beliau juga mengakui tidak tinggal bersama Shahnaz selama 12 tahun empat bulan sebelum ini.

Free Traffic Exchange