PKR: Terlalu awal bagi kata Pakatan berkubur

2015-08-04 2

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin percaya adalah terlalu awal bagi mengatakan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur.

Menurutnya, PKR menghormati keputusan DAP untuk bekerjasama dengan partinya dalam bentuk gabungan baru tetapi mengingatkan bahawa PAS belum membuat keputusan muktamad bagi memutuskan hubungan dengan DAP.