'Raja-raja Melayu tidak berpihak'

2015-08-04 1

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah raja-raja Melayu tidak berpihak kepada anutan dan fahaman politik kepartian dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Dalam satu kenyataan, baginda bertitah bahawa Raja-raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri adalah bersifat berkecuali dalam kedua-dua urusan itu.