Pakatan berkubur kerana ‘tak jaga mulut’, kata Khalid

2015-08-04 2

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata keputusan DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah berkubur berpunca daripada tindakan sesetengah pemimpin yang tidak menjaga tindakan dan percakapan mereka.

Katanya, Pakatan bukan sesuatu yang dapat diwujudkan dalam jangka masa pendek tetapi hasil perjuangan bertahun-tahun. Namun, apabila ‘mulut tak dijaga’, maka akhirnya ia berkubur.