Rakyat tak tuntut p'raya negeri baru di Selangor

2015-08-04 2

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempertahankan keputusan kerajaan negeri Selangor yang tidak membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Katanya, sebahagian besar rakyat di Selangor memberi mandat yang besar kepada PKR-DAP-PAS pada pilihan raya lalu dan mahukan kerjasama itu diteruskan walaupun bukan dalam bentuk Pakatan Rakyat yang telah berkubur.