GAMIS tuntut sembilan naib canselor letak jawatan

2015-08-04 7

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) hari ini mendesak semua sembilan naib canselor universiti awam yang ditegur oleh Ketua Audit Negara berikutan kelemahan urus tadbir kewangan supaya melepaskan jawatan masing-masing.

Timbalan presidennya, Ahmad Fahmi Mohktar berkata, apa yang dilakukan sebagai sangat menjijikkan kerana pihak universiti selalu mendidik mahasiswa untuk melakukan kebaikan, tetapi mereka pula yang melakukan ketirisan.