'Kemunafikan politik, Umno enggan sokong hudud PAS'

2015-08-04 7

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno mengamalkan politik munafik dengan tidak mahu menyokong undang-undang jenayah hudud yang cuba dibentangkan.

Katanya, usul persendirian yang mahu dibawa oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Hadi Awang selaku presiden PAS itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.