MB: Jangan heret istana ke kancah politik Pakatan

2015-08-04 5

Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali memberi amaran supaya tidak ada pihak yang mengheret pihak istana dalam kancah politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau sentiasa menghadap Sultan Selangor secara berkala setiap Selasa bagi membincangkan pembangunan negeri dan mahu semua pihak menghormati institusi raja.