Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar mendakwa Menteri Besar Mohamad Azmin Ali yang juga adalah ahli parlimen Gombak lebih mementingkan rakyat Kelantan berbanding Selangor.
Menurutnya, usaha BN untuk membawa usul bagi mengetahui tentang status dan kedudukan bekalan air di Lembah Kelang tidak dapat dibentang kerana Azmin gagal hadir pada sidang hari ini kerana berada di Kuala Kerai, Kelantan bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir.