Lampu hijau bawa pulang pesalah porno

2015-08-04 1

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa pelajar Malaysia yang dipenjara atas kesalahan pornografi kanak-kanak Nur Fitri Azmeer Nordin telah diberikan lampu hijau untuk dihantar pulang ke negara ini.

Annuar bagaimanapun berkata terdapat beberapa proses perlu dijalankan terlebih dahulu, termasuk mendapatkan input daripada kedutaan terlebih dahulu.

Nur Fitri sekarang menjalani hukuman penjara sembilan bulan di United Kingdom. Pengajian pelajar 23 tahun di Imperial College London itu ditaja oleh MARA.