Usul denggi: Speaker berang, arah MP keluar dewan

2015-08-04 6

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago hari ini diarahkan keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana mempersoalkan keputusannya yang tidak membenarkan usul mengenai wabak denggi dibahaskan.

Pandikar menjadi berang apabila Santiago mendakwa keputusan tidak masuk akal sedangkan apa yang cuba dibahaskannya adalah satu kecemasan negara. Beliau terus menuntut permohonan maaf tetapi ahli parlimen DAP itu enggan berbuat demikian.