Akhbar Wall Street Journal hari ini melaporkan dana firma sarat hutang 1MDB digunakan bagi membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pilihan raya ke-13 lalu.
Menurut laporan itu, ini dilakukan dengan 1MDB membeli aset tenaga dari Kumpulan Genting pada Oktober 2012 pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.