Mahkamah tolak permohonan lelaki tukar status jantina

2015-08-04 1

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan seorang lelaki, R Vasudevan yang telah melakukan pembedahan jantina, untuk menukar jantina dalam kad pengenalannya.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad berkata, Vasudevan yang mahu menukar namanya kepada R Maha Lakshmi gagal menunjukkan dan memuaskan hati mahkamah bahawa beliau memiliki beberapa kriteria yang diperlukan sebagai seorang wanita.