Belasah TMJ: Polis sudah siasat Nazri, kata IGP

2015-08-04 46

Polis minggu lalu telah menyiasat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz berhubung amarannya kepada Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa baginda akan ‘dibelasah’ jika mencampuri politik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kertas siasatan mengenai kes itu akan diberikan kepada Peguam Negara pada "bila-bila masa".