‘Elak makan, minum di hadapan murid berpuasa’

2015-08-04 10

Timbalan Menteri Pelajaran Mary Yap yang pada mulanya mengelakkan soalan wartawan berhubung gurauan seorang guru di Kedah supaya murid-murid bukan Islam boleh meminum air paip “tapi jangan minum air kencing sendiri” memilih mengulas isu itu di media sosial.

Menerusi Whatsapp, katanya sebagai menghormati rakan-rakan yang beragama Islam, murid-murid yang tidak berpuasa dinasihatkan supaya tidak makan atau minum di hadapan mereka.