Gurauan 'minum kencing' tak wajar, kata menteri

2015-08-04 90

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim hari ini berkata gurauan seorang guru di Kedah bahawa murid-murid bukan Islam yang tidak berpuasa boleh minum di luar kelas dan secara berseloroh meminta mereka meminum air paip “tapi jangan minum air kencing sendiri” sebagai tidak wajar.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan sekadar berkata, lebih banyak butiran diperlukan untuk mengetahui perkembangan yang sebenar.