Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartment di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pada sidang media di ibu pejabat MARA di Kaula Lumpur hari ini, beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengetahui berhubung lebihan bayaran sebanyak RM13.7 juta terhadap pembelian Dudley International House.
Dalam satu laporan eksklusif semalam, akhbar harian Australia, The Age mendakwa A$4.75 juta (RM13.7 juta) dalam bentuk sogokan diambil daripada urusniaga hartanah A$22.5 juta (RM65 juta) itu pada tahun 2013 dan kemudian didakwa disalurkan balik ke Malaysia.