Lagi ulama keluar fatwa boleh buka puasa akibat panas

2015-08-03 17

Seorang lagi ulama kanan di Pakistan tampil mengeluarkan fatwa yang membenarkan umat Islam di negara itu untuk berbuka puasa susulan fenomena gelombang panas melampau yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.

Mufti Mohammad Naeem yang juga pemimpin tertinggi di sebuah madrasah terbesar di Karachi berkata, cuaca panas mencecah 45 darjah Celsius sehingga boleh mengancam nyawa, membolehkan penganut Islam berbuka puasa terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Free Traffic Exchange