Tun Dr Mahathir Mohamad selepas satu majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur malam semalam, berkata, mereka yang berbohong akan terperangkap kerana terdapat susulan kepada pembohongan itu dan ia sukar disesuaikan dengan pembohongan sebelum itu.
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas penangkapan warga Swiss, Xavier Andrea Justo di sebuah pulau peranginan Thailand, pada hari Isnin lalu yang pada anggapan bekas perdana menteri itu sebagai satu cubaan terbaru untuk menutup urusan 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd.