‘Dasar PAS masih Islam tetapi strategi ke belakang’

2015-08-03 11

Anak bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Noor - Muhammad Faiz - menyifatkan PAS kini lebih fokus kepada agama Islam semata-mata berbanding perjuangan parti itu pada era 80-an yang lebih bersifat berbilang kaum.

Katanya, semasa kepimpinan ayahnya dan bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat, mereka menitik-beratkan perpaduan kaum di negara ini menjadikan PAS sebuah parti yang maju.