Kumpulan pemberontak membedil kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Aden menyebabkan lebih 30 orang awam terbunuh dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan darurat kemanusiaan di Yemen.
Di pusat bandar Taez, askar pro-kerajaan pula melancarkan operasi memburu lebih 1,200 banduan yang bolos dari penjara. Kedua-dua bandar, Aden dan Taez sering tercetusnya perbalahan antara pihak yang setia dengan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi bagi menangani puak pemberontak Syiah, Huthi dengan sokongan tentera pakatan diketuai Arab Saudi sejak Mac lalu.