Presiden Yayasan Patriot Negara (YPN) Brigadier General Datuk Husainay Hashim berkata kritikan pihak tertentu berhubung hasil lelongan nombor plat istimewa "Patriot" menjadi isu panas dan ini membantu bidaan kerana ia diketahui lebih ramai orang.
Sambil berseloroh bahawa ia rahmat pada bulan Ramadan, katanya YPN berminat mengetahui rasa tidak puas hati orang ramai apabila projek itu menyaksikan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima keuntungan kasar RM1 juta daripada RM10 juta yang disasarkan manakala bakinya milik NGO berkenaan.