Naib Presiden Yayasan Patriot Negara (YPN) Datuk Nadzim Johan mengakui bahawa pemohonan projek lelongan nombor plat istimewa "Patriot" tanpa melalui tender terbuka dibuat semasa Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah pemangku menteri pengangkutan. Projek itu kemudiannya diluluskan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mengambil alih jabatan tersebut.
Katanya, sebelum ini, beberapa lelongan nombor plat istimewa juga dilakukan tanpa sebarang tender dan mereka yang berminat boleh memintanya secara terus.
Melalui plat istimewa itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menerima keuntungan kasar RM1 juta hasil lelongan, walaupun keuntungan yang disasarkan adalah sebanyak RM10 juta.