Tabung Haji teliti dua tawaran beli tanah 1MDB

2015-08-03 1

Tabung Haji dilapor sedang serius meneliti dua tawaran untuk hartanahnya di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli dari syarikat sarat hutang 1MDB.

Menurut portal The Malaysian Reserve yang memetik sumber industri, harga ditawarkan lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh Tabung Haji.